Friday, November 29, 2013

As salam..

2 hari ni aku bendera jepun. Maybe sbb tu emosi agak tidak stabil. Encik husband yg baru sampai miri ptg td sedang lena beradu di atas bersama putri kecilnya. Tu pun pas dia kepenatan bermain ngan putri kecilnya & mengganggu ketenteramanku.

Tiba2 harini aku rajin membuka & membaca balik blogku yg lepas2. Aku paling sukak baca entry ku yg aku tag dlm label "feelings". Mcm nda percaya pulak aku yg aku blh menulis mcm tu. Menulis tanpa teragak2. Menulis dgn perasaan. Semuanya tulus dr hatiku. Apa yg aku rasa, itulah yg aku ceritakan. Waaahhh.. Teringat kata2 seorang "teman lama", dia bilang bagus aku teruskan menulis. Mungkin bakatku di situ. Aku ketawak okey!! Aku punya bakat? Bakat apa la yg aku ada kesian. Setakat coret2 biasa boleh la. Dia bilang, "Ahadiat Akasya" pun xtau nasib dia sblm dia terkenal. Lebih kurang gitu la ayat dia. Lupa suda aku camna dia cakap. Tp mmg bikin geli hati la. Ada ka jadikan penulis terkenal sbg contoh utk aku. Ainaahh.. Lucu hokeh! Hehe..

Tapi tu la.. Bila baca balik entry2 ku sblm ni, mmg aku rasa mcm nda sangka boleh menulis gitu. Paling nda sangka tu, aku ada followers yg mmg sukak baca entry2 ku. Diorang terhibur dgn tulisanku. Diorang dpt rasakan sekali apa yg aku cuba sampaikan di situ. Semua tu boleh jadi mungkin disebabkan aku menulis dari hati. Kan? Hehe.. Mcm syok sendiri pulak suda tau. :P

Entry kali ni, aku lebih senang gunakan "aku" utk mewakilkan diriku. Rasa mcm aku betul2 sedangkan bercerita dgn seseorang. Hmmphhh.. Perlu ka aku menulis seperti dulu lagi ya? 

Oh ya.. Time godek2 entry lama tu, banyak aku terjumpa entry yg encik suami buat. Terhibur pulak hatiku membaca. Dulu dia pandai menyibuk di blogku & menulis sesuatu di situ. Kadang menulis utk suka2. Kadang dia menulis ditujukan buat aku. Rindu juga mo baca hasil tulisannya sbb dari situ jak baru aku dapat tahu apa yg ada dlm hatinya. Biasalah lelaki. Memang bukan mcm org perempuan. Apa yg ada di hati, lebih senang disimpan begitu sahaja tanpa mau meluahkan. Lebih suka berahsia kalau melibatkan soal hati. Hmmphh.. 

Sekian.

VanDerWijck

No comments: