Wednesday, November 11, 2009
pasti akan okay..
Tuesday, September 29, 2009
Terpanggil buat entry..
Tuesday, August 25, 2009
Info dari emel
"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini.
Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.
Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya "Flu measures: Confusion rather than non-compliance" yang diedarkan kepada beberapa media semalam. [Baca artikel penuh]
Beliau juga menekankan kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan, hospital, doktor di pusat kesihatan swasta dan orang ramai agar wabak ini dapat dikekang secara lebih berkesan.
Dr Quek juga menegaskan kepada semua pihak, termasuk media, agar tidak menuding jari kepada pengamal perubatan swasta atau beberapa pihak lain atas beberapa perkembangan terkini wabak itu.
Menurutnya lagi, wabak itu dijangka sekurang-kurangnya berlarutan antara satu hingga dua tahun sebelum reda - sama ada virusnya berubah dalam bentuk lebih lemah atau vaksin telah ditemui untuk membasminya.
Setakat ini, vaksin belum ditemui dan dijangka akan diperolehi hujung tahun ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 10 peratus simpanan stok ubatan anti-virus 'Tamiflu' dan 'Relenza' buat masa ini tidak cukup memandangkan penularan ketara penyakit berjangkit itu.
Kerajaan akan memesan lagi bekalan ubat itu daripada WHO
bagi memastikan negara mempunyai bekalan ubat itu pada setiap masa bagi membendung wabak influenza A(H1N1), lapor Bernama.
"Melihat kepada trend penularan wabak itu yang semakin meningkat, kita perlu memesan ubat itu daripada WHO," beliau dipetik berkata selepas menghadiri Konvensyen MCA Pulau Pinang hari ini.
Tambahnya, kementerian turut menempah 200,000 dos vaksin influenza A (H1N1) dan dijangka mendapat bekalan itu menjelang akhir tahun ini.
Katanya tempahan tersebut terpaksa dilakukan awal kerana prosedur
menguji ubat itu mengambil masa sebelum dapat diberikan kepada pesakit.
Sementara itu, lapor agensi berita itu lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 19 kes baru H1N1 dilaporkan hari ini dan kesemuanya melibatkan rakyat Malaysia.
Jumlah terkumpul 1,390 kes, termasuk 816 kes atau 59 peratus melibatkan jangkitan tempatan.
"Daripada keseluruhan, 1,362 kes (98 peratus) telah sembuh, hanya 17 kes atau satu peratus sahaja sedang menerima rawatan antivirus di hospital.
"Lapan daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU), manakala 11 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah," katanya.
Thursday, April 9, 2009
ibu & anak
Ini ada satu petua dari emel saya.
1. setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2. membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
3. bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4. apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5. ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
Cubalah petua itu dan insyaallah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Selamat mencuba.
************
skang ni kan, zahin pandai membalas suda. kalo saya marah dia, dia akan marah saya balek sambil nanges. kalo dia nampak ada barang2 saya di situ, dia akan campak tanda protes. macam tadi, dia lempar kunci ke arah saya. kenak tulang pipi ni okay. saya pukul tangan dia. dia nanges sambil pukul2 perut saya. tampar muka saya pun ada. dia act mengharapkan saya pujuk dia balek. tp saya nda pedulikan dia. tu yg dia maken mengamuk. bila saya palingkan muka dr dia, lagi dia jerit. last2 saya pujuk juga. pastu dia akan baring atas dada saya sambil nanges. baru nangesnya tu kan, nanges yg dia rasa cam kesal sangat bah sbb saya buat dia gtu. macam dia sedih bah saya marah2 dia. hurmm..
para ibu sekalian, yg sudah ada pengalaman lebih dr saya, sudilah kiranya berkongsi tips ngan saya camna mo tangani anak yg agak nakal cam anak saya ni. camna mo kawal emosi bila anak kita buat sesuatu yg bule buat kita naek darah. saya namau anak saya membesar ngan sikap garang saya ni. saya namau anak saya pikir yg saya nda sayangkan dia. saya sayangkan dia okay. sangat sayangkan dia.
makaseh.
Wednesday, April 8, 2009
Lelaki & Wanita
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,
tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang
indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan
muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing
dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai
menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka
mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi
semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di
seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan
saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan
secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk
beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,
WANITA kembali ke rumah dan mengambil
barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya
bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin,
tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia
pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak
menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya
dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak
sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal..."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA
adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu,sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
....
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari
kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai
dengan sepenuh hati...
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan setanding dengan akibat yang akan diterima??
note : peringatan utk diri saya diri saya sendiri jugak.
Sunday, February 8, 2009
Horoscope
Aquarius (1/20-2/18)
If your romantic life is going through some drama right now, the best course of action is no action at all! Even if you are sure of what you want to happen next, you've got to wait a while and just let the dust settle. Let the other person be the next one to make a move. It's their turn, and if you act impatiently, they could feel like you are starting a power struggle. If things are meant to be, they are meant to be. You need to take this kind of attitude right now.
Saturday, January 24, 2009
RASA
Friday, November 7, 2008
sembang petang..
Naa.. Kesian la nephew H ni sbb nda dpt join mkn2 kami ini mlm. Anu bah.. Abg N (My BIL) panggil kami di rumah ni mkn di restoran nelayan. Saya dgr2 sempena belated birthday kak W (wife abg N). Kan bday kak W bln 8 haritu. Skali celebrate dgn bday c zahin n zubair. Tp time tu abg N nda dpt join sbb tgh bz bkempen utk pilihanraya. Jd kebetulan br2 ni abg N menang pilihanraya kecil di tawau sbg naib ketua bahagian urm.. apa ya? Lupa plak saya. Harap maaf ya.. Hehe.. Tu la tu.. Bilang mo celebrate skali kaitu.. Haduh! Saya pun nda pasti. Urm.. Nda pa.. Nnt mlm br kompomkan. Hehe.. Apapun, tahniah la utk abg N ya! Insyaallah nda lama lg, abg N plak yg akan dpt pangkat 'D' pas abg B (BIL) dgn abg T (BIL). Hubby bila pulak? Eh! Hubby mmg suda dpt bah.. Tidak semena2 saya pun dpt pangkat. Tp bukan pangkat datin la. Pangkat NENEK yg saya dpt. Haha.. Ndapa ndapa.. Nenek vouge uuu.. 'hello! I vouge ker?'. Haha..
Alhamdulillah.. Keluarga hubby jenis bersatu hati. Kalo ada papa, mmg nda lupa antara 1 sm lain. Ikatan kekeluargaan mmg kuat. Ada rezeki lbh, dikongsi bersama. Nda byk, sikit pun jd. Sbb tu DIA pun nda lokek melimpahkan rezekinya. Nda kira la sepa, kalo hati bersih, insyaallah hidup lbh diberkati dan dirahmati.
Saya sedih dgn cerita yg saya dpt td. Ada insan yg busuk hati pd mertua dan ipar sendiri. Di depan kita ya ampunnn.. Manis betul mulutnya berkata2 bah. Kalah coki2 perisa coklat tu! Tp kalo di belakang kita ya ampunnn.. Sedap lg kali mkn jering yang dicecah sambal belacan tu ya! Aisehmen.. Rindu plak dgn sambal belacan mamak saya. Hehe.. Hurmm.. Napa jgk ada manusia yg gitu ya? Nda blh tinguk org laen lbh sket, dia pun namau kalah. Huh! Kalo si suami kasi lebih sket sm mamaknya atau adiknya, mula la si isteri simpul mulut sampai bule diikat sm reben. Pdhal, si isteri pun dpt bahagian apa. Salah ka si anak mengasi apa yg ptt sm mamaknya? Sdgkan si anak tu la tempat mamaknya bergantung hidup. Belum lg masuk campur sang mertua. Br jak si anak mau ajak mamaknya tinggal sekali, terus si mertua luah rasa nda puas hati. Ada ka? Siap bilang lg, dia namau susah payah dia hantar anaknya belajar tinggi, tiba2 ada org laen mo merasa 'hasilnya'. Ya Allah.. Tinggi manapun awak belajar, tp kalo hati tu busuk, nda ke mana jgk bah. 'Hebat sangat kerr?' Belum lg tinggal rmh banglo, pakai mercz ka bmw ka, duit penuh 1 bgnan ka, suda bule bilang gitu? Ya ampunnn.. Nda sampai ke mana bah jgk harta tu makcik oi! Masuk kubur besok, tetinggal jgk tu di sini! Huhu.. Hurm.. Sori la ya.. Saya mcm teremosi lbh sket plak ni. Bkn apa, yg tkenak ni org tdekat saya jgk. Kesian bah saya tgk dorg dpt besan, biras, beras, buras yg busuk hati ni! Hurm.. Apa bule buat.. Rezeki masing2.. :)
Lg satu kan, jgn la kita memperkecil2kan org laen bah. Kita ni bagus sgt ka mo merendah2kan taraf seseorg tu? Mentang2 diri tu suda dpt diploma ka ijazah ka, skali tinguk si polan br terkedek2 mau menuntut ilmu, terus bilang, 'eh! Ko boleh ka ni?'. Ya ampun! Hebat sgt ke u? I tengok, mcm gtuuu jugak ni. Huhu.. JANGAN BERLAGAK OKEY! muka kalo jelek tp hati baik, org tetap pandang. Tp kalo muka pun jelek tambah lg hati tu busuk dr bangkai, kesian la sepa yg suda terpandang tu? adedede.. Hidup ni ibarat putaran roda. Kadang di atas, kadang di bawah. Jd, beringat2 la ya kawan2. Peringatan utk diri saya jgk. :)
Bah ok la! Mcm saya rasa lg panjang saya tulis, lagi teremosi saya. So apa tunggu lg? Lu pikiaq la sendiri okey! Ciowww..
p/s : alamak! Abis raya bah suda kan? Bule ka lg minta maap ni? Ampun buuk..
Si Mummy Ni!
Thursday, November 6, 2008
sembang malam..
saya baru habis tinguk crita Intan bah di astro prima. itulah kerja saya malam2 (start jam 10pm - 11pm). slalunya saya kasi tidur c zahin awal2 supaya saya bule tinguk crita tu ngan tenang tp kalo zahin masi belum tidur, terpaksa la hubby yg turun padang walaupun zahin mmg namau org laen kasi tidur dia selain saya. ngan hubby pun dia namau. manjaknya lebih pada saya (time tidur jak laaa..). tp pas hubby cubak & cubak & cubak lagi, akhirnya tertidur jugak dia tu. mana ndak, hubby kalo mengasi tidur si zahin, serasa si zahin seperti dalam buaian gitu. hehe..
urmm.. saya mcm ngantuk2 bah suda ni. mmg slalu saya akan terus tidur pas abis tinguk crita tu tp tiba2 ni terpandang laptop masih on. saya pun hadap la skjap laptop ni. wah.. baru saya perasan, blog di fs suda upgrade ya. entry saya yg dr tahun 2005 suda appear di situ. kalo dulu, nda pun. paleng 8 bulan terkini yg appear di situ. jadi saya ni pun gatal2 la mo membaca balek entries saya tu. natau napa, saya jadi sukak baca 1 entry saya ni. saya rasa macam itu yg paleng best buat saya utk masa ni. maybe sbb time saya tu tulis entry tu, time saya belum kawen. skang kan saya suda kawen. bah.. saya mau hubby ikut baca la. manatau hubby pun suda lupa saya pernah tulis entry ni. jadi, silalah singgah sini ya, hubby. kita sama2 saling mengingatkan. :)
good nite!!
Mummy
Wednesday, October 1, 2008
Salam AidilFitri
Minta Ampun & Maaf Seandainya Kami Ada :
Terkasar Bahasa
Tersilap Bicara
Termarah Yg Tidak Kena
Tertanya Tidak Tentu Hala
Tersasul Yg Tidak Sengaja
Terpukul Di Mana2
Terpekik Di Telinga
Terhantuk Di Kepala
Terpinjam/Terpakai Harta Benda
Termoody Tidak Semena-Mena
Terumpat Bila2
Termacam2 Lagi Lah Yg Tidak Kena
Semoga Dimaafkan. Insyaallah.. Selamat Balik Kampung. Berhati² Di Jalan Raya.
Ikhlas Dari Kami,
Mr & Mrs Zarin, c/w Zarin's Junior.
Sunday, September 21, 2008
gimana ya rupanya wajah org jatuh cinta ni??
act, saya tgh merajuk bah ni sama hubby. tadi di atas, saya mo tinguk drama tv3. macam siok jak tp hubby sibuk mo tinguk bola. huh! tekanan saya. last2 saya turun bawah lepak di dapur. kebetulan niece A sama niece R ada. dorang mo masak megi tomyam. wahaha.. tumpang semulut. macam sedap ni niece R masak. hahaha.. pahadal main rebus jak bah. :P "thanx ya, R.. kekenyangan suda anT ni. suda la time di warisan tadi, si H spen waffle (choc + strawb). sedaaap woOOoo.. rugi kamurang dak ikut. rangup gilak ni! padat lagi! hehe..".bah.. panjang pulak pembuka kata saya ni. alang2 laptop niece A tgh free ni, saya pinjam la skijap. saja2 menghilangkan boring. anu bah.. tiba2 ni saya terpikirkan 1 topik. gimana ya rupanya wajah org yg sedang jatuh cinta ni??
kalo macam apa yg saya pernah lalui la kan, saya pandai tersenyum2 sendiri ni. sampai dak perasan yg org laen sedang pelik tinguk saya senyum sendiri2. hahaha.. saya sendiri pun dak sedar bah bule tersenyum. tiba2 syak tu. apa perasaan time tu pun saya dak ingat suda. aisehhh.. nampaknya hubby kenak buat saya jatuh cinta lagi ni. HARUS! bukan la maksud saya, teda suda rasa cinta tu sama hubby. saya cuma mau rasa perasaan mula2 jatuh cinta tu. hahahaha.. macam mintak puji jak bunyik nya kan?? hehe.. dak pa la bah.. minta puji pun ngan laki sendiri. jgn laki org, sudah! :P
lagi apa ya?? muka pun sentiasa ceria kali ya?? if any bad things happen pun, bibir masih bule ukir senyuman lagi. ya ka?? hahaha.. natau la.. saya betul2 lupa ni. :P
jadi, sepa2 yg ada pengalaman tu, bule la kongsi2 di sini kan?? ala.. saja2 la lepak di sini bah. bukan slaluuuuu..
Friday, April 4, 2008
Sarang!!
Monday, March 10, 2008
If a man wants you
If a man wants you, nothing can keep him away.
If he doesn't want you, nothing can make him stay.
Stop making excuses for a man and his behavior.
Allow your intuition (or spirit) to save you from heartache.
Stop trying to change yourselves for a relationship that's not meant to be.
Slower is better. Never live your life for a man before you find what makes you truly happy.
If a relationship ends because the man was not treating you as you deserve then heck no, you can't "be friends."
A friend wouldn't mistreat a friend.
Don't settle.
If you feel like he is stringing you along, then he probably is.
Don't stay because you think "it will get better."
You'll be mad at yourself a year later for staying when things are not better.
The only person you can control in a relationship is you.
Avoid men who've got a bunch of children by a bunch of different women.
He didn't marry them when he got them pregnant, Why would he treat you any differently? Always have your own set of friends separate from his.
Maintain boundaries in how a guy treats you.
If something bothers you, speak up.
Never let a man know everything.
He will use it against you later.
You cannot change a man's behavior.
Change comes from within.
Don't EVER make him feel he is more important than you are... even if he has more education or in a better job.
Do not make him into a quasi-god.
He is a man, nothing more nothing less.
Never let a man define who you are.
Never borrow someone else's man.
If he cheated with you, he'll cheat on you.
A man will only treat you the way you ALLOW him to treat you.
All men are NOT dogs.
You should not be the one doing all the bending...compromise is two way street.
You need time to heal between relationships...there is nothing cute about baggage... deal with your issues before pursuing a new relationship You should never look for someone to COMPLETE you...a relationship
consists of two WHOLE individuals...look for someone complimentary...not supplementary.
Dating is fun...even if he doesn't turn out to be Mr. Right.
Make him miss you sometimes...when a man always know where you are, and your always readily available to him- he takes it for granted.
Never move into his mother's house.
Never co-sign for a man.
Don't fully commit to a man who doesn't give you everything that you need. Keep him in your radar but get to know others.
ditujukan kepada mereka2 yg sedang dilanda dilema percintaan.
Thursday, February 7, 2008
Pak Turut
al-kisah, kenapa mesti ada org yg dak bule tgk org laen lebeyyy sket/banyak dr dia?? kamurang ada ka org yg kamurang kenal cenggitu perangainya?? apa kamurang ada, dia pon mauuu ada. apa kamurang buat, dia pun mauuu buat. pastu bule plak bilang kamurang yg ikut2 dia. wahh!! ini suda lebeyy!! adeh! kadang2 ketawak sendiri bila jumpa org yg cenggini kan?? rasa macam kita-kita ini jd idol la pulak (perasan). betol la kan?? hahaha!!
kamurang ada ka org yg cenggitu ngan kamu?? cerita la sketttt.. :P
note : kalo pasang gigi emas, kali dia pon ikot pasang jugak, kan??
Tuesday, September 11, 2007
PNC (Private N Confidential)
Saturday, June 30, 2007
Khasiat Kulit Terung Utk Pesakit Kanser
Melalui kajian saintifik ke atas kulit terung, didapati bahawa warnanya merupakan sebatian kimia yang dikenali sebagai 'nasunin' yang mempunyai aktiviti antioksida dan anti angiogenik.
Dalam bidang kajian kanser, agen antiangiogenisis dikatakan sebagai agen baru yang mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan menghentikan pembinaan saluran darah. Semasa sel kanser membesar, ia memerlukan saluran darah yang baru untuk memberikan nutrient. Apabila saluran darah dihalang pembinaannya, sel kanser akan mati.
so, selamat mencuba!! =)
Tuesday, June 19, 2007
kenapa kan..??
nanti kan.. time kita (org perempuan la..) suda dapat apa yg kita mau hari tu kan, mesti kita cakap dengan diri sendiri, "erm.. cukup la ni..". bunyik macam puas hati suda dapat itu benda & macam dakmo beli suda nnt lenkali kan?? TAPI.. bule pecaya ka tu?? (trademark hubby buat aku yg dak penah cukup ni ngan 1 benda.. :P). buktinya, teda sepa pun org perempuan yg cuma ada 1 BEG & 1 KASUT. macam baju tu mmg la lebih. dakkan 1 syak kan. :P
so, betol kan guyz?? mesti kamurang beli jugak the next day u window2 shopping kan?? jgn tipu laaa.. aku tau ko pok!! hehehe.. :P
so, adakah itu 1 perkara yg pelik buat kaum lelaki?? ndak laaa.. sebenarnya, itu adalah 1 perkara yg normal bah. abnormal tu kalo ada perempuan yg dakmo beli apa2. even nenekku sendiri pun sukak koleksi beg & sandle. hehehe.. pokoknya, selagi masih hidup, selagi masih ada duit (yg teda duit pun sanggup berhutang), keinginan utk memiliki barang lebih dari 1 TATAP ada. pada para suami or kekasih, jgn plak kamurang tanya soalan cepu emas a.k.a palui, "aihh.. suda beli kan?? brapa banyak lagi mau??". jangan tanya soalan cenggitu sbb kalo aku yg ditanyak, aku akan jawab, "mana sukkuupp!!". hahaha!! act, suda pernah bah kena tanyak cenggitu oleh hubby. dulu laaa. hehehe.. :P "Love You, Hubby!!" ~SEKIAN~
Tuesday, June 12, 2007
Rahasia Perempuan
Yang sangatlah peka bila di sentuh oleh lelaki
Dimanakah bagian itu maukah kau tahu
Karena bagian itu hanya untuk
Lelaki yang cukup umur
Karena bagian itu sungguh sangat bisa
Buat perempuan dimabuk kepayang dimabuk asmara
Dimanakah bagian itu maukah kau tahu
Sentuhlah dia tepat dihatinya
Dia kan jadi milikmu selamanya
Sentuh dengan setulus cinta
Buat hatinya terbang melayang
Sentuh hatinya dengan sangat hati-hati
Bila ingin rebut hatinya
Karena bagian itu sungguh sangat bisa
Buat perempuan dimabuk kepayang dimabuk asmara
Dimanakah bagian itu maukah kau tahu
Note : tadi pagi time mo ke kl, aku ngan hubby dengar lagu ni di eraradio. lama bah suda kan lagu ni?? tp baru skang aku prasan lagu ni macam siok plak. hehehe.. liriknya bah! beshhh..
Mrs ZaRiN








