Friday, January 30, 2009

sekadar peringatan

jangan salahkan orang laen
bila naseb tidak menyebelahi kita

tiada siapa yang tau
apa perancangan Allah buat kita semua
tapi apa yang pasti
setiap perancangan Allah itu
adalah yang terbaek buat kita

kita hanya manusia biasa
yg tidak lepas dari rasa dikecewakan
rasa sedih
rasa marah
rasa ditinggalkan
rasa macamana sakitnya
bila kita gagal mendapatkan apa yang kita mahu
apalagi bila ia melibatkan
soal kebahagiaan hidup kita

tapi kamu harus sedar
bukan kamu SAHAJA
yang pernah rasakan semua itu
kerna bukan kamu SAHAJA
yang namanya manusia

manusia
yang namanya manusia
memang tidak akan lepas
dari dugaan dan ujian dariNya

kamu tidak tahu kan??
ada manusia laen yang pernah rasa saket
lebih dari apa yang kamu rasakan sekarang

kamu tidak pernah tahu kan??
ada manusia laen yang pernah rasa ingin mati
seperti yang kamu rasakan sekarang

kamu tidak tahu!!
tidak pernah tahu!!
yang kamu tahu sekarang
hanya menyalahkan orang laen
atas takdir yang menimpa diri kamu sekarang

kamu tidak pernah tahu
bahawa ada orang laen yang turut bersedih
dengan apa yang menimpa kamu sekarang

apa kita boleh buat?
kalau itu sudah takdirNya
apa kita boleh buat?
kalau itu sudah mahuNya

kita manusia
bukan Tuhan

seharusnya kamu sedar
seharusnya kamu tahu
dan seharusnya kamu yakin
dengan setiap apa yang dirancang olehNya itu
hanya yang terbaek buat kamu
dan DIA tidak akan membiarkan
setiap derita yang kamu lalui
kesan dari setiap dugaan dan ujianNya
berlalu begitu sahaja
tanpa pulangan yang setimpal

asal kamu sabar & redha
bahagia pasti milik kamu

kamu juga tahu
DIA itu maha penyayang lagi maha pengasih
kembali saja kepadaNya
sujudlah kepadaNya
mohonlah dariNya
DIA maha mendengar
lagi maha mengetahui

jadi haruslah kamu bersabar
dan berhenti dari menyalahkan orang laen

ingatlah
ada orang laen yg lebih derita
dari apa yang kamu lalui sekarang

fikirlah.

2 comments:

Unknown said...

Dalam aku jiwa kacau aritu, skali nmpk berita psl Gaza. Insaf gilak ahh. Dorg tu xda masa mau fikir pasal 1 minit akan dtg pun...yg aku ni sempurna tangan kaki, ada mata, ada bumbung tmpt berteduh, ada keta klu mau p mana2. Ada kunuk hati mau bersusa hati & rasa mcm mau pingsan segala.

Kan Allah suda cakap, semua yg jadi ada hikmahnya. Syukurla sedar saat2 genting gitu, mau hilang iman klu meratap jak.

Hahaha suka entry ni. Macam aku kena ketuk sm tukul besi trus.

Daddy + Mummy said...

ada timbul benjol ka?? hahaha..