Wednesday, November 19, 2008

Selamat Ulang Tahun, Pak!


Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA


Selamat Menyambut Ulang Tahun yang ke-53, Pak!
Semoga Allah S.W.T. panjangkan usia bapak & limpahkan rezeki-Nya buat bapak.
Semoga jugak bapak bahagia bersama mak ngan anak2 bapak di sana.
Maafkan saya sebab nda dapat sama2 ngan bapak di sana meraikan hari kelahiran bapak.
Saya sangat sayang bapak. Sangat rindukan bapak.
:(


Mummy

1 comment:

fareena said...

Selamat ari jadi jugak wat bapakmu Yus.. Jgn ko sedih2 gitu, aku pun jauh jugak dr bapakku ni... :((