Friday, July 6, 2007

Kehilangan..

semua org akan merasa kehilangan. dak kira la kehilangan harta benda ka.. kasih sayang ka.. atau yg paleng ditakuti oleh kita sebagai manusia ni ialah kehilangan org yg paleng kita sayangi atau cintai. tp itulah hakikat. teda sepa yg akan terlepas drpd merasa kehilangan. hmm..

salam takziah buat Kak A & anak2 beliau atas kehilangan suami & bapa tercinta pada 5hb Julai '07. arwah telah meninggalkan kita semua pada pukul 11.05pm. dapat berita tu sejurus pas aku & hubby sampai di rumah shah alam malam tu. mmg dak sangka sangat. petang tu baru syak melawat arwah yg masih belum sedarkan diri pas 2 hari selesai menjalani pembedahan tumor di kepala. dapat syak berita tu, kami semua termasuk MIL & SFIL bergegas ke kl semula even penat seharian belum pun hilang. aku dak dibenarkan ikut ke HUKM memandangkan keadaanku yg tgh sarat ni. tambah lagi tengah2 malam kan. time tu suda jam 12 lebih malam. so, hubby singgahkan aku di kg baru. sekalian amek parentsku yg mahu ikut menjenguk ke hospital. dak dapat aku bayangkan camna keadaan anak2 arwah time tu. sebolehnya aku mahu berada di sana utk melihat mereka. walaupun teda apa yg aku bule buat tp sekurang2nya aku bule berkongsi tangis & kesedihan mereka. dalam jam 3am gitu, pintu rumahku diketuk. hubby rupanya. time tu aku baru syak mo terlelap. hubby crita anak sulong arwah pengsan di sana. hubby sedih sangat tgk anak buahnya gitu tp apa la yg bule dikatakan lagi, yang pergi tetap akan pergi. kita yg tinggal ni hanya mampu berdoa agar arwah mendapat tempat dikalangan hamba2 yg dicintai Allah S.W.T.

lebih kurang jam 4am gitu kami sampai shah alam. dapat lena kejap syak sbb jam 5am kena hantar oma ke epot plak sbb oma follow dorang si herda pigi tawau utk pengkebumian arwah. sampai sana, aku tinguk wajah si herda, zhaf & lan nampak tenang sedangkan hubby ada bilang sama aku time di hospital si herda dak berenti menangis. aku salam dorang & aku peluk si herda & si zhaf. serius, aku dapat rasakan semangat dorang kuat. mungkin dorang suda bule terima semua ini dengan hati terbuka. demi Allah, kalau aku berada di tempat dorang, natau la apa jadi dengan aku. terus-terang aku cakap, aku masih belum bersedia utk kehilangan kedua org tuaku. walaupun aku suda punya suami, tp aku masih memerlukan kedua org tuaku. aku belum sedia utk jadi anak yatim piatu. aku masih belum jadi anak yg sempurna lagi buat mereka.

"buat herda, zhaf & lan, kalian la tempat ibu kalian bergantung skang. kalian la yg akan memberi kekuatan semangat kepada ibu kalian skang ni. semoga kalian tabah & kuat mengharungi dugaan ini. percayalah, Allah S.W.T. menguji kalian sesuai dengan kesanggupan kalian. jadi, jgn mudah patah semangat. yakinlah, arwah skang tenang & bahagia berada 'disana'."

**
teringat arwah yg suka memberi kata2 nasihat kepada sesiapa syak termasuk aku sama hubby (adik ipar arwah). even time tu aku masih belum lagi jadi sebahagian dr keluarga mereka, tapi aku senang ngan cara arwah time tu. lagi 1, arwah kalo ketawa mmg meriah sangat. =) "Ya Allah, semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg KAU cintai. amiinn.."
Mrs ZaRiN

No comments: