Thursday, August 27, 2009

Premium Beautiful Pamplet




emel saya di vanderwijck@gmail.com

atau

hubungi saya di 012-2268535
Mummy

Wednesday, August 26, 2009

Asal Usul Pil Herba Maharani serta Fungsi-Fungsinya


Berasal dari Dinasti Tang .Herba Maharani ini juga dikenali sebagai Te Zhi Bai Feng Wan (bfw), bai feng wan bermaksud pil merak putih, manakala Te Zhi adalah sempena nama Maharani yang mengamalkan pil ini. Pil ini di rekodkan kemudiannya sebagai ilmu dan rahsia kecantikan awet muda yang terhebat pada zaman Dinasti Ming .Waktu itu, ia hanya digunakan oleh keluarga maharaja sahaja.Kemudiannya , Syarikat Tong Ren Tang yang berpusat di Beijing telah mendapat hak menjaga rahsia ramuannya lebih 350 tahun yang lalu.

Dengan memegang prinsip
~ tidak akan menjimatkan tenaga pekerja walaupun proses pembuatan merumitkan
~ tidak akan menjimatkan bahan mentah walaupun berlakunya peningkatan harga

Kini dengan 10 institut kajian, 900 pakar perubatan dan pengkaji dan lebih 1400 pekerja , syarikat ini telah menerima pelbagai pengiktirafan dan didaftarkan sebagai 'trade mark' di lebih 50 negara. Di Malaysia ia ditubuhkan pada 30 Ogos 2002 dan di rasmikan oleh Menteri Kesihatan waktu itu, Dato' Chua Jui Ming.

Kembali kepada Maharani Te Zhi...
Kisahnya pada zaman pemerintahan Dinasti Tang itu, herba ini diamalkan oleh seorang maharani iaitu Maharani Te Zhe (Ci Xi) . Dicatatkan juga, Maharaja waktu itu mempunyai 9999 maharani, tetapi maharaja paling menyayangi dan selalu pulang untuk bersama Maharani Te Zhi . Ibarat orang bermadu, kalau nak tunggu 'turn' , berapa lama nak tunggu daa.. 9999 tu. Maharani Te Zhi juga telah melahirkan anak lelaki sebagai pewaris takhta.

Dengan kehebatan ramuan herba maharani (bfw) ini, Maharani Te Zhi dikatakan mempunyai kulit seperti lilin dan licin. Beliau seorang wanita yang cantik dan sangat mementingkan kesihatan dan sangat di sayangi maharaja. Beliau juga seorang yang awet muda, yang mana dikatakan mempunyai haid sehingga ke akhir ayat. Beliau meninggal dunia pada 15 November 1908 ketika berusia 73 tahun. Hebatkan??

Herba Maharani
Pengambilan Herba Maharani boleh membantu masalah kitaran haid yang tidak normal. Ia mengandungi ayam hitam halal(Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan herba-herba tradisional China seperti ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan sebagainya. Bahan utama produk iaitu Gallus Gallus Domesticus dan Cornu Cervus Nippon memperkuatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin.

Fungsi-fungsi Herba Maharani adalah spt yg berikut :

1. Menyelesaikan masalah kronik wanita dan gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan dan lain-lain)

2. Amalan terbaik untuk wanita selepas bersalin (menguat dan mengecutkan otot rahim)

3. Menyelesaikan masalah sakit pinggang dan belakang, angin dalam badan, kebas

4. Awet muda, memberikan keanjalan kulit

5. Menghilangkan keletihan dengan meningkatkan kadar metabolisme

Cara pengambilan Herba Maharani : Jika period tidak tetap & menghadapi masalah ketidakselesaan (senggugut, keputiihan, sakit pinggang), anda perlu menguatkan badan terlebih dahulu. Anda boleh mengambil Herba Maharani pada hari ke-6 period, 1 atau 2 biji bola kuning sehari & berterusan sehingga period yang seterusnya pada bulan depan.

Berhenti sementara sewaktu kedatangan haid & sambung balik mengikut cara yang sama pada bulan depan apabila darah haid sudah bersih. Anda haruslah berhenti mengambil Maharani sewaktu kedatangan haid kerana badan sedang menyingkirkan darah pada masa ini & nutrien Maharani tidak dapt diserap dengan sepenuhnya.

Dos pengambilan Maharani : 1 biji bola kuning (= 50 pil hitam kecil).

Walaubagaimanapun, oleh sebab kebanyakan herba tradisional China bersifat panas, jadi untuk mereka yang mudah mengalami kepanasan badan (sakit kerongkong, pertumbuhan jerawat) semasa makan Maharani, cara-cara alternatif yang berikut disarankan:

1. Mengambil minimum 25 biji pil hitam sekali sehari

2. Minum lebih banyak air

3. Minum air garam sewaktu makan Maharani

4. Elakkan makanan goreng, makan bersifat sejuk seperti salad, buah tembikai dan teh (mengandungi kafein) semasa makan Maharani

Kombinasi diantara pemakaian Premium Beautiful dan pemakanan Herba Maharani sangat membantu dari segi kesuburan wanita. Ini diantara rawatan TERMURAH tetapi BERKESAN di pasaran. Namun, terdapat pelbagai faktor yang mengakibatkan masalah kesuburan. Kedua-dua suami dan isteri dinasihatkan agar membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Jika disahkan bahawa tiada masalah kesihatan yang menyebabkan ketidaksuburan, anda bolehlah mengambil set Premium Beautiful & Herba Maharani supaya dapat menambahkan peluang anda untuk hamil.


Bagaimana Premium Beautiful berfungsi pula? Tanpa disedari, pemakaian PB dapat menstabilkan kedudukan rahim ke posisi yang sebenarnya. Ini dapat meningkatkan keupayaan wanita untuk hamil. PB juga dapat melancarkan perjalanan darah keseluruh badan dan secara tidak langsung membantu menyuburkan hormon badan. Faktor kegemukan antara penyebab ketidakhamilan. Dengan pemakaian Premium Beautiful ini, ianya sangat membantu untuk anda menurunkan berat badan dengan cara yang lebih berkesan dan selamat.

Mummy

Aku terpaksa menjadi gigolo!!

Teman-teman, Bacalah kisah di bawah ini: (Cubalah ambil hikmahnya..)

Seorang pemuda frust mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik. Si pemuda itu merasa nervous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain. Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok. Semakin di fikir seperti itu, berahinya juga makin muncul.

Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus.

Akhirnya dia membuka semua bajunya, dan menunggu di bilik. "Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.

Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil.

Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu, "Tengok ni, Wati dan Budi! kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni..".

.

.

.

.

.

.

.

.

.


muahahahahahahahaha!!

serius jugak ko membaca tu pok! sudah sudah! pigi la buat kerja! puasa2 gini pun menyempat lagi aaa!! :P

Mummy

Tuesday, August 25, 2009

Info dari emel

Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.

"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini.

Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.

Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya "Flu measures: Confusion rather than non-compliance" yang diedarkan kepada beberapa media semalam. [Baca artikel penuh]

Beliau juga menekankan kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan, hospital, doktor di pusat kesihatan swasta dan orang ramai agar wabak ini dapat dikekang secara lebih berkesan.

Dr Quek juga menegaskan kepada semua pihak, termasuk media, agar tidak menuding jari kepada pengamal perubatan swasta atau beberapa pihak lain atas beberapa perkembangan terkini wabak itu.

Menurutnya lagi, wabak itu dijangka sekurang-kurangnya berlarutan antara satu hingga dua tahun sebelum reda - sama ada virusnya berubah dalam bentuk lebih lemah atau vaksin telah ditemui untuk membasminya.

Setakat ini, vaksin belum ditemui dan dijangka akan diperolehi hujung tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 10 peratus simpanan stok ubatan anti-virus 'Tamiflu' dan 'Relenza' buat masa ini tidak cukup memandangkan penularan ketara penyakit berjangkit itu.

Kerajaan akan memesan lagi bekalan ubat itu daripada WHO
bagi memastikan negara mempunyai bekalan ubat itu pada setiap masa bagi membendung wabak influenza A(H1N1), lapor Bernama.

"Melihat kepada trend penularan wabak itu yang semakin meningkat, kita perlu memesan ubat itu daripada WHO," beliau dipetik berkata selepas menghadiri Konvensyen MCA Pulau Pinang hari ini.

Tambahnya, kementerian turut menempah 200,000 dos vaksin influenza A (H1N1) dan dijangka mendapat bekalan itu menjelang akhir tahun ini.

Katanya tempahan tersebut terpaksa dilakukan awal kerana prosedur
menguji ubat itu mengambil masa sebelum dapat diberikan kepada pesakit.

Sementara itu, lapor agensi berita itu lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 19 kes baru H1N1 dilaporkan hari ini dan kesemuanya melibatkan rakyat Malaysia.

Jumlah terkumpul 1,390 kes, termasuk 816 kes atau 59 peratus melibatkan jangkitan tempatan.

"Daripada keseluruhan, 1,362 kes (98 peratus) telah sembuh, hanya 17 kes atau satu peratus sahaja sedang menerima rawatan antivirus di hospital.

"Lapan daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU), manakala 11 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah," katanya.

Monday, August 24, 2009

My Blog Shop (Update)

feel free to visit my blog shop for more items




Mummy

Salam Ramadhan

masih belum terlambat bah kan utk saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Menunaikan Ibadat Puasa. Semoga ramadhan kali ni lebih diberkati dr tahun2 yang sudah. act kan, walaupun suda masuk hari ke-3 bulan ramadhan ni, tp saya masih lom berkesempatan utk berpuasa lagi. bah.. paham2 la kan. bukan disengajakan. perempuan ni ada halangannya. insyaAllah dalam 2-3 hari ni bule la suda saya ikut berpuasa. tapi kan, walaupun saya nda bule puasa, TATAP ba jugak mcm org puasa. nda jugak saya makan. paleng pun minum jak la. yar laaarr.. saya bukannya ikut bersahur pun. harus lah dahaga & lapar kan tp saya tahan syak la makan tu. mcm semalam, saya, hubby & zahin pigi bukak puasa d rumah kak Jia (My SIL). aiyoo.. saya makan kan, kala2 org yg puasa tu tau. hehehe.. tp memang pun mcm org puasa jugak saya. nda sahur & nda makan 1 hari okay! (tp ada la mkn sekeping roti jak :P). anggap la macam sahur kan? :P

yang best tu, jumaat baru2 ni, kak Jia siap bawak saya, niece J, niece @dr3h ngan hubby pigi lunch di Hyatt wooOo.. berabis lagi makan. bilang kak J, sempena menyambut bulan puasa. hahaha.. hubby kan, walaupun datang pas solat Jumaat, TATAP dia jugak yg makan paleng banyak dr kmi. berabis dia makan ikan bakar ngan ayam panggang. aiyoo.. stok utk 1 bulan kaitu? :P

hurmm.. insyaAllah 9hb Sept ni saya ngan zahin akan berlayar ke KL. sepatutnya saya suda di kl bah ni since 14 ogos aritu tp terpaksa saya kasi burn tiket saya tu sbb saya kerja suda kan. beli tiket tu lama suda, time lom kerja lagi. nda pa laa.. naseb jugak tiket yg dibeli time tu tiket promotion. hurmm.. tahun ni kami 3 beranak sambut raya pertama di Miri. semua family saya berkumpul di sana utk raya pertama. raya ke-2 baru kami balek tawau. tp saya risau bah ni. camna saya mo naek flight ya? H1N1 ni mcm teruk betul bah suda di kl. even di kk pun kira teruk bah jugak suda. mo bawak si zahin jalan2 pigi mall pun jarang suda. nda brani bah. zahin tu kecik lagi. hurrmm.. dia mau jugak pakai face mask tu sbb saya suda kasi dia try pakai tme kami bejalan di sini. so far, ok la. as long si mummy & si daddy pakai, dia pun ikut la pakai. tp nnt di flight camna? tahan ka dia pakai utk 2 jam 30 minit? aiyyoo.. camna aaa?? bingng suda saya ni. bkn lama lagi tu kami terbang. lbh kurang 2 minggu bah syak lagi. hurmm.. ikutkan MIL saya, dia nda sarankan kami pigi, tapi parents & family saya di sana plak mengharapkan kami datang. huh! nda tau la ni camna! bah.. tunggu & lihat syak la. if kami jadi pigi pun, kamurang ikut la mendoakan keselamatan kami ya. thanx!

Mummy