Thursday, August 27, 2009

Premium Beautiful Pamplet




emel saya di vanderwijck@gmail.com

atau

hubungi saya di 012-2268535
Mummy

Wednesday, August 26, 2009

Asal Usul Pil Herba Maharani serta Fungsi-Fungsinya


Berasal dari Dinasti Tang .Herba Maharani ini juga dikenali sebagai Te Zhi Bai Feng Wan (bfw), bai feng wan bermaksud pil merak putih, manakala Te Zhi adalah sempena nama Maharani yang mengamalkan pil ini. Pil ini di rekodkan kemudiannya sebagai ilmu dan rahsia kecantikan awet muda yang terhebat pada zaman Dinasti Ming .Waktu itu, ia hanya digunakan oleh keluarga maharaja sahaja.Kemudiannya , Syarikat Tong Ren Tang yang berpusat di Beijing telah mendapat hak menjaga rahsia ramuannya lebih 350 tahun yang lalu.

Dengan memegang prinsip
~ tidak akan menjimatkan tenaga pekerja walaupun proses pembuatan merumitkan
~ tidak akan menjimatkan bahan mentah walaupun berlakunya peningkatan harga

Kini dengan 10 institut kajian, 900 pakar perubatan dan pengkaji dan lebih 1400 pekerja , syarikat ini telah menerima pelbagai pengiktirafan dan didaftarkan sebagai 'trade mark' di lebih 50 negara. Di Malaysia ia ditubuhkan pada 30 Ogos 2002 dan di rasmikan oleh Menteri Kesihatan waktu itu, Dato' Chua Jui Ming.

Kembali kepada Maharani Te Zhi...
Kisahnya pada zaman pemerintahan Dinasti Tang itu, herba ini diamalkan oleh seorang maharani iaitu Maharani Te Zhe (Ci Xi) . Dicatatkan juga, Maharaja waktu itu mempunyai 9999 maharani, tetapi maharaja paling menyayangi dan selalu pulang untuk bersama Maharani Te Zhi . Ibarat orang bermadu, kalau nak tunggu 'turn' , berapa lama nak tunggu daa.. 9999 tu. Maharani Te Zhi juga telah melahirkan anak lelaki sebagai pewaris takhta.

Dengan kehebatan ramuan herba maharani (bfw) ini, Maharani Te Zhi dikatakan mempunyai kulit seperti lilin dan licin. Beliau seorang wanita yang cantik dan sangat mementingkan kesihatan dan sangat di sayangi maharaja. Beliau juga seorang yang awet muda, yang mana dikatakan mempunyai haid sehingga ke akhir ayat. Beliau meninggal dunia pada 15 November 1908 ketika berusia 73 tahun. Hebatkan??

Herba Maharani
Pengambilan Herba Maharani boleh membantu masalah kitaran haid yang tidak normal. Ia mengandungi ayam hitam halal(Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan herba-herba tradisional China seperti ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan sebagainya. Bahan utama produk iaitu Gallus Gallus Domesticus dan Cornu Cervus Nippon memperkuatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin.

Fungsi-fungsi Herba Maharani adalah spt yg berikut :

1. Menyelesaikan masalah kronik wanita dan gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan dan lain-lain)

2. Amalan terbaik untuk wanita selepas bersalin (menguat dan mengecutkan otot rahim)

3. Menyelesaikan masalah sakit pinggang dan belakang, angin dalam badan, kebas

4. Awet muda, memberikan keanjalan kulit

5. Menghilangkan keletihan dengan meningkatkan kadar metabolisme

Cara pengambilan Herba Maharani : Jika period tidak tetap & menghadapi masalah ketidakselesaan (senggugut, keputiihan, sakit pinggang), anda perlu menguatkan badan terlebih dahulu. Anda boleh mengambil Herba Maharani pada hari ke-6 period, 1 atau 2 biji bola kuning sehari & berterusan sehingga period yang seterusnya pada bulan depan.

Berhenti sementara sewaktu kedatangan haid & sambung balik mengikut cara yang sama pada bulan depan apabila darah haid sudah bersih. Anda haruslah berhenti mengambil Maharani sewaktu kedatangan haid kerana badan sedang menyingkirkan darah pada masa ini & nutrien Maharani tidak dapt diserap dengan sepenuhnya.

Dos pengambilan Maharani : 1 biji bola kuning (= 50 pil hitam kecil).

Walaubagaimanapun, oleh sebab kebanyakan herba tradisional China bersifat panas, jadi untuk mereka yang mudah mengalami kepanasan badan (sakit kerongkong, pertumbuhan jerawat) semasa makan Maharani, cara-cara alternatif yang berikut disarankan:

1. Mengambil minimum 25 biji pil hitam sekali sehari

2. Minum lebih banyak air

3. Minum air garam sewaktu makan Maharani

4. Elakkan makanan goreng, makan bersifat sejuk seperti salad, buah tembikai dan teh (mengandungi kafein) semasa makan Maharani

Kombinasi diantara pemakaian Premium Beautiful dan pemakanan Herba Maharani sangat membantu dari segi kesuburan wanita. Ini diantara rawatan TERMURAH tetapi BERKESAN di pasaran. Namun, terdapat pelbagai faktor yang mengakibatkan masalah kesuburan. Kedua-dua suami dan isteri dinasihatkan agar membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Jika disahkan bahawa tiada masalah kesihatan yang menyebabkan ketidaksuburan, anda bolehlah mengambil set Premium Beautiful & Herba Maharani supaya dapat menambahkan peluang anda untuk hamil.


Bagaimana Premium Beautiful berfungsi pula? Tanpa disedari, pemakaian PB dapat menstabilkan kedudukan rahim ke posisi yang sebenarnya. Ini dapat meningkatkan keupayaan wanita untuk hamil. PB juga dapat melancarkan perjalanan darah keseluruh badan dan secara tidak langsung membantu menyuburkan hormon badan. Faktor kegemukan antara penyebab ketidakhamilan. Dengan pemakaian Premium Beautiful ini, ianya sangat membantu untuk anda menurunkan berat badan dengan cara yang lebih berkesan dan selamat.

Mummy

Aku terpaksa menjadi gigolo!!

Teman-teman, Bacalah kisah di bawah ini: (Cubalah ambil hikmahnya..)

Seorang pemuda frust mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik. Si pemuda itu merasa nervous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain. Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok. Semakin di fikir seperti itu, berahinya juga makin muncul.

Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus.

Akhirnya dia membuka semua bajunya, dan menunggu di bilik. "Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.

Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil.

Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu, "Tengok ni, Wati dan Budi! kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni..".

.

.

.

.

.

.

.

.

.


muahahahahahahahaha!!

serius jugak ko membaca tu pok! sudah sudah! pigi la buat kerja! puasa2 gini pun menyempat lagi aaa!! :P

Mummy

Tuesday, August 25, 2009

Info dari emel

Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.

"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini.

Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.

Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya "Flu measures: Confusion rather than non-compliance" yang diedarkan kepada beberapa media semalam. [Baca artikel penuh]

Beliau juga menekankan kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan, hospital, doktor di pusat kesihatan swasta dan orang ramai agar wabak ini dapat dikekang secara lebih berkesan.

Dr Quek juga menegaskan kepada semua pihak, termasuk media, agar tidak menuding jari kepada pengamal perubatan swasta atau beberapa pihak lain atas beberapa perkembangan terkini wabak itu.

Menurutnya lagi, wabak itu dijangka sekurang-kurangnya berlarutan antara satu hingga dua tahun sebelum reda - sama ada virusnya berubah dalam bentuk lebih lemah atau vaksin telah ditemui untuk membasminya.

Setakat ini, vaksin belum ditemui dan dijangka akan diperolehi hujung tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 10 peratus simpanan stok ubatan anti-virus 'Tamiflu' dan 'Relenza' buat masa ini tidak cukup memandangkan penularan ketara penyakit berjangkit itu.

Kerajaan akan memesan lagi bekalan ubat itu daripada WHO
bagi memastikan negara mempunyai bekalan ubat itu pada setiap masa bagi membendung wabak influenza A(H1N1), lapor Bernama.

"Melihat kepada trend penularan wabak itu yang semakin meningkat, kita perlu memesan ubat itu daripada WHO," beliau dipetik berkata selepas menghadiri Konvensyen MCA Pulau Pinang hari ini.

Tambahnya, kementerian turut menempah 200,000 dos vaksin influenza A (H1N1) dan dijangka mendapat bekalan itu menjelang akhir tahun ini.

Katanya tempahan tersebut terpaksa dilakukan awal kerana prosedur
menguji ubat itu mengambil masa sebelum dapat diberikan kepada pesakit.

Sementara itu, lapor agensi berita itu lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 19 kes baru H1N1 dilaporkan hari ini dan kesemuanya melibatkan rakyat Malaysia.

Jumlah terkumpul 1,390 kes, termasuk 816 kes atau 59 peratus melibatkan jangkitan tempatan.

"Daripada keseluruhan, 1,362 kes (98 peratus) telah sembuh, hanya 17 kes atau satu peratus sahaja sedang menerima rawatan antivirus di hospital.

"Lapan daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU), manakala 11 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah," katanya.

Monday, August 24, 2009

My Blog Shop (Update)

feel free to visit my blog shop for more items




Mummy

Salam Ramadhan

masih belum terlambat bah kan utk saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Menunaikan Ibadat Puasa. Semoga ramadhan kali ni lebih diberkati dr tahun2 yang sudah. act kan, walaupun suda masuk hari ke-3 bulan ramadhan ni, tp saya masih lom berkesempatan utk berpuasa lagi. bah.. paham2 la kan. bukan disengajakan. perempuan ni ada halangannya. insyaAllah dalam 2-3 hari ni bule la suda saya ikut berpuasa. tapi kan, walaupun saya nda bule puasa, TATAP ba jugak mcm org puasa. nda jugak saya makan. paleng pun minum jak la. yar laaarr.. saya bukannya ikut bersahur pun. harus lah dahaga & lapar kan tp saya tahan syak la makan tu. mcm semalam, saya, hubby & zahin pigi bukak puasa d rumah kak Jia (My SIL). aiyoo.. saya makan kan, kala2 org yg puasa tu tau. hehehe.. tp memang pun mcm org puasa jugak saya. nda sahur & nda makan 1 hari okay! (tp ada la mkn sekeping roti jak :P). anggap la macam sahur kan? :P

yang best tu, jumaat baru2 ni, kak Jia siap bawak saya, niece J, niece @dr3h ngan hubby pigi lunch di Hyatt wooOo.. berabis lagi makan. bilang kak J, sempena menyambut bulan puasa. hahaha.. hubby kan, walaupun datang pas solat Jumaat, TATAP dia jugak yg makan paleng banyak dr kmi. berabis dia makan ikan bakar ngan ayam panggang. aiyoo.. stok utk 1 bulan kaitu? :P

hurmm.. insyaAllah 9hb Sept ni saya ngan zahin akan berlayar ke KL. sepatutnya saya suda di kl bah ni since 14 ogos aritu tp terpaksa saya kasi burn tiket saya tu sbb saya kerja suda kan. beli tiket tu lama suda, time lom kerja lagi. nda pa laa.. naseb jugak tiket yg dibeli time tu tiket promotion. hurmm.. tahun ni kami 3 beranak sambut raya pertama di Miri. semua family saya berkumpul di sana utk raya pertama. raya ke-2 baru kami balek tawau. tp saya risau bah ni. camna saya mo naek flight ya? H1N1 ni mcm teruk betul bah suda di kl. even di kk pun kira teruk bah jugak suda. mo bawak si zahin jalan2 pigi mall pun jarang suda. nda brani bah. zahin tu kecik lagi. hurrmm.. dia mau jugak pakai face mask tu sbb saya suda kasi dia try pakai tme kami bejalan di sini. so far, ok la. as long si mummy & si daddy pakai, dia pun ikut la pakai. tp nnt di flight camna? tahan ka dia pakai utk 2 jam 30 minit? aiyyoo.. camna aaa?? bingng suda saya ni. bkn lama lagi tu kami terbang. lbh kurang 2 minggu bah syak lagi. hurmm.. ikutkan MIL saya, dia nda sarankan kami pigi, tapi parents & family saya di sana plak mengharapkan kami datang. huh! nda tau la ni camna! bah.. tunggu & lihat syak la. if kami jadi pigi pun, kamurang ikut la mendoakan keselamatan kami ya. thanx!

Mummy

Thursday, August 20, 2009

pemikiran..

salam semuanya..

harini sementara saya tunggu hubby datang amek saya balek kerja, saya mo la kongsi sedikit pendapat saya sama kamurang semua. ni sekadar pendapat jak k. kalo ada yg terasa ka tersinggung ka, minta maaf la banyak2. teda niat pun. ;)

syukur alhamdulillah, setakat ni saya dapat respon yg agak memberangsangkan la dalam memperkenalkan PB (premium beautiful) pada kawan2 & juga family. act, saya bukan semata2 mo jual PB tu utk dapatkan keuntungan semata2 (of course $$ sangat penting). tp saya jugak mau berkongsi rahsia kehebatan PB ni kepada semua.

hidup di zaman yg serba moden skang, semuanya memerlukan tenaga & kos. kalo mo crita soal tenaga la kan, brapa ramai yg rajin pigi gym atau pigi buat senaman macam berjogging tu? MESTI punya semangat & keinginan yg kuat utk buat semua tu kan? banyak duit pun tp kalo malas, apa yg dapat? gendrud jak la kan? bercucuk tanam lemak dalam perut. hehe.. kalo nda pun, rajin ka pigi jogging? haduhh.. nda paya cakap laaa.. ada yg mo mandi pun malas. kalo bule, mintak dikasi mandi lagi. kalo bule la.. hehehe.. mo crita pasal duit? duit tu bule dicari asalkan usaha bah. rezeki tu kan ada di mana2. saya pun masa mula2 mo beli PB ni, berpikir woOoOo..
macam ada sesetengah org tu kan, bila cakap pasal PB ni,
  • alaaa.. mahal laaa.. (bah! baiklah!)
  • alaaa.. apa susah? kalo mo kurus, pigi la jogging! (hello! dalam setahun, brapa kali ko jogging?)
  • biar la bah gini.. kawen jugak suda! (nnt laki cari laen baru tau! :P)
  • kalo saket mo datang, pakai apa pon TATAP jugak datang! (tidak sayang diri ni orang!)

tu salah 1 nya la cakap2 dr pemikiran orang2 ni.

bah! sukak mu la kawan. saya nda paksa woOOo kamurang beli. badanmu jugak. bukan badan saya. hehehe..

sebenarnya la kan, pemakaian PB ni bukannya semata2 utk menguruskan badan. PB ni adalah satu cara alternatif bagi para wanita & ibu yg sibuk di pejabat atau di rumah utk menghargai tubuh badan sendiri dengan cara menjaga kesihatan & juga bentuk badannya. tidak semestinya kamu kurus bila pakai PB ni tp yg semestinya badan kamu akan lebih LANGSING ngan pemakaian PB ni selain SIHAT! utk pengetahuan kamurang, PB ni merangkumi 70% kesihatan & 30% kecantikan. sudah tentu kesihatan adalah paleng diutamakan, kemudian barulah kecantikan. then, kalo kamurang mo jogging ka gym ka atau apa2 senaman ka, itu kira 1 bonus la kan buat kamu. hehehe..

mcm 1st customer saya ni kan (dia beli cash), bf nya tu cousin saya bah. cousin saya ni la yg berhujah konon2nya teda hasil la beli PB ni. bagus lagi pigi jogging bilangnya. bah! dia cakap tu sbb dorang lom kawen lg. ceweknya a.k.a bakal tunang a.k.a bakal bininya ni masih bergetah lagi. sodaaap lai mato momandang nyo mak! kito tengok besok dio udah kawen, udah ado anok. masih bule ko dio pogang lai cakopnyo tu? hahahahaha! bahasa apa la aku cakap ni. mo dibilang bahasa soromban (seremban), mcm pelik jak bunyiknya. hehehe.. serius woo, saya nda paksa si D ni beli PB ni. saya cuma bercerita pasal kelebihan PB ni & pengalaman saya la pas pakai PB 1 kali jak. 2-3 hari dia pk, besoknya dia beli terus. naseb saiz utk dia ada. apalagi, dia rembat la terus. TAPI, dia beli diam2 ooOO.. dia nda kestau cousin saya ni. skali tadi dia msg saya kestau yg dia suda kestau cousin saya semalam pasal PB ni. apalagi, mengamuk sakan la cousin saya tu. skalinya si D ni bilang sama dia, "saya sanggup berhabis duit utk kau juga..", nah! terdiam terus si kawan. nda tercakap apa. hahahaha!! belum jadi bini, suda sanggup berkorban apa saja (korban duit aaa) utkmu wahai sepupuku. bertuahnya badan. nda payah susah2 kuar duit lagi. hehehe..

jadinya kan, kesimpulannya kan, jgn la kita berkira kalo benda tu adalah utk kebaikan diri kita sendiri, apatah lagi utk suami kita. yang bahagia nnt, kaaauu jugak. yang senyum nnt, kaaauu jugak. kekekeke..

hubungi saya jika berminat di 012-2268535

click here for more info

Mummy

cucu baru..

TAHNIAH buat niece Loly for her new born baby. ada suda adik si haris ni. nda la dia keboringan suda di sana. ada kawannya maen pas ni.. hehehehe..


baby Aidan

ya Allah!! sangat sangat sangat comel!!!! insyaallah raya nnt kita jumpa di tawau, k. mmuaaahh dr nenek vouge!! hahahahaha!!

Mummy

Tuesday, August 18, 2009

Premium Beautiful (Hai-O Marketing)

salam..

dengan rasminya (cehhhh), saya mo kestau kamurang semua yg saya skang adalah DEALER bagi product kesihatan dan kecantikan Premium Beautiful. produk ni dikeluarkan oleh Hai-O Marketing Sdn Bhd. rasanya kan hampir semua org tau terutamanya di bahagian semenanjung la sbb PB ni mmg pemes suda bah. macam saya sendiri pun, mmg saya pakai ni PB. baru jak la lagi. dalam bln April 2009. time tu saya di kl bercuti. beli melalui hanis. sebut nama hanis, rasanya ramai jugak yg sdh kenal dia. kan??

bah.. saya namau ajak dulu kamurang join bisnes ni ngan saya sbb saya prefer kamu pakai dulu PB ni baru kamurang pikir camna. sbb apa, kita ni nda jugak bule jual satu2 produk tanpa mencubanya terlebih dahulu kan? ndakkan maen cakaaapp jak berdasarkan info2 yg ada di internet ni. bagus kamurang cari pengalaman ngan memakainya then baru share ngan org laen. itu lebih bagus drpd bercakap melalui teori jak. bkn apa, laen org laen penerimaan. manala tau apa yg kita alami nda sama ngan org laen, nnt dibilangnya kita ni menipu plak. setakat mau menjual jak. namau la gitu kan sbb saya punya plan jangka panjang jgk ngan PB ni. bergantung la jika ada rezeki saya di situ. yg penting saya usaha jak. selebihnya berserah pada DIA sbb rezeki tu dtg dr DIA. =)

okay.. saya mo cita dulu camna hati saya bule terbuka utk beli PB ni. tau la kan kalo suda beranak ni, walaupun kurus, tp TATAP jugak ada babat2 (lemak2) degil yg namau hilang. tambah lagi saya yg pemalas mo senaman ni. haduyaaiiii.. mmg jadi teman sejati la ngan semua babat2 tu. rindu jugak mo jadi cam time b4 kawen. pakai baju apapun ngam jak. sodap jak mata meninguk. ni kalo ter fit sket, keluar la babat. muntah okay org meninguk! hahaha.. baru kalo membeli baju, haruslah dipastikan baju tu longgar. aiyooo.. boring sungguh! :P

jadi kan, time saya kenal product ni melalui blog hanis, saya pun ura2kan la sama hubby. huiii.. igtkan demi bini tersayang, dapat la kan apa yg dihajati tp sebaliknya pulak. kwang kwang kwang! sedih mummy tauuuu.. :P

tapi ndapa la.. saya simpan dulu hajat tu. mana la tau bisuk lusa hubby cair. mau dibelikannya. hehehe.. serius ya saya kestau, berbulan woOOOo saya terpaksa pendam jak hajat ingin memiliki PB tu. kekekeke.. last skali saya nekad suda. nda pa la kalo hubby namau belikan. biarlah saya pakai duit sendiri. jadi time saya pigi kl tu, saya contact la hanis. selepas beberapa kali berjumpa, akhirnya saya dapat jugak jadik tuan kepada PB tu. hehehe.. hubby? dia tinguk jak la kesian. hubby berharap supaya saya nda menyesal beli PB tu. ya laa.. bukan murah harganya. berpeluh jugak la si mummy. suda la nda bekerja time tu. hehehe..

TAPI..

2 minggu pas saya pakai PB, saya mulai nampak perubahan yg ada dalam diri saya. mau tau?
  1. kentut nda kira masa, tempat & keadaan. mmg bagus woOooo.. segala angin2 degil keluar. legaaa badan mummy. :P
  2. babat2 di pinggul nyah dr pandangan! cun jak mummy pakai jeans. :P
  3. mummy balek pigi size jeans yg asal. 25 okay! (sayangnya levis diva hakuu!! kenak jual sdh kan!!)
  4. mummy suda bule pakai baby T-Shirt! :P
  5. pinggul n peha mummy biarpun kecik tp mantop (hubby bilang laaa.. :P)
  6. kesan breastfeeding dulu kamurang yg si para ibu ni paham2 la kan. bentuk kan lari2 suda. hahahaha!! tp since pakai PB ni, ter'firm' ngan baek secara otomatikssnyaa.. :P
  7. makan la camna pun, mentennn gitu! :P
  8. buang air pon lancar. bak kata si zahin, "mummy.. oók!"<-- mengestau yg dia berak daaa.. :P

act, banyak bah lagi tp ada yg macam segan plak saya mo kestau di sini. laen la kalo kita face-to-face. mmg semua tu saya kestau. hehehe.. oh ya.. utk pengetahuan para isteri di luar sana yg mengalami kesukaran utk hamil, PB ni salah 1 alternatif la yg kamurang bule cuba supaya kamu bule hamil sbb PB ni melancarkan sistem perjalanan darah & hormon dalam badan bah. macam ada 1 cousin hubby tu kan (kee fareeni), susah bah dia mo pregnant. mcm2 cara la dia cuba supaya bule hamil. last skali dia cuba, dia pakai PB ni la. tp sebelum tu dia makan dulu herba hai-o maharani (produk hai-o jugak). beberapa bln pas dia pakai PB & mkn herba tu, dia pregnant okay. skang ni dia tgh berpantang di Tawau. syukurrr alhamdulillah. tercapai jugak impiannya utk menimang cahaya mata. tahniah rin!! saya nda cakap la dijamin 100% buleh hamil, tp nda salah kan mencuba?? macam saya bilang, semua rezeki tu dr DIA. anak tu masuk dalam kategori rezeki jugak. hanya ngan izinnya jak baru kita bule peroleh rezeki tu. yg penting kita usaha jak dulu. Tuhan itu kan adil. =)

oh ya! crita pasal perubahan positif yg ada pada diri saya pas pakai PB ni, hubby pun nampak okay! hubby pun siap tegur lagi. "waahh.. sayang maken tuuuttt laaa..", "sayang suda slim laaa..", "sayang tiiiitttt laaaa..". hahahahaha.. FYI, hubby mo ganti balek duit PB saya tu. yeyyy!! jgn jelesss!! :P

ad 1 lg kawan saya ni, dia pakai PB 8 tahun bah suda. namanya kak zuriati. kak Z pakai PB ni since dia bersalin anak pertama lagi. habis jak pantang 44 hari, kak Z terus pakai PB sampai la umur anaknya 6 bln. pastu dia nda pakai lg. yakin suda kan perutnya udah kencang gitu. hehehe.. jadi kan, kak Z makan la camna pun (jenis kuat melantak tahap nda igt dunia! hahaha! sori kak Z!), perotnya kan nda naek okay! mentennnn gituuu. padahal dia stop suda tu pakai PB. kalo pon ada babat, cuma MALAKAT dipunggung & peha nya jak. ala2 J-Lo gitu tp kak Z ni kalo di malaysia, kira ala2 Jeniffer Lapiz la. hahahaha! skang ni kak Z tgh pregnant anak ke-3. perot jak membesar tp badan kociiiik jak kan kak?? :P

jadi kan, pada para ibu mengandung yg baru pegnen anak pertama ni, bule la start pikir ya samada PB ni bagus utk kamurang atau camna. kita ni org pompan, dr anak pertama la kena jaga badan. kalo suda sempat gendrud, payah la kan. makan & pakai laki mmg la paleng utama, tp jgn la sampai kita abaikan kepentingan dalam menjaga bentuk badan & juga kesihatan kita. pompan ni nda bule silap sket, ada syak la alasan suami utk jeling2 org laen. nda gitu? lelaki mana la nda suka tinguk pompan cantek & pompan mana la nda mau tinguk diri dorang ni cantek? teda kan?? =)

so, anda ingin sihat & cantik, luar & dalam? Premium Beautiful la jawapannya.

jangan segan sugan sugin utk menghubungi saya di vanderwijck@gmail.com atau call terus di nombor 012-226 8535

SEGALANYA HANYA DI HUJUNG JARI ANDA. :P

click here for more info

Mummy

Monday, August 17, 2009

Birthday Party!

hurmm.. lamanya baru saya mo update birthday party si zahin kan? sibuk bah.. di office kadang nda sempat mo update blog. macam skang ni saya tgh tunggu hubby datang jemput saya di office sbb saya nda drive ni hari. kebetulan kerja saya suda setel, so saya amek kesempatan la utk update blog. bah.. saya sajikan kamurang ngan beberapa gambar la ya. nda jgk banyak sbb bz makan syak kami. :P









yey!! kesukaan dia dapat meja tulis dr anT F sekeluarga. =)


oh ya.. kami 3 beranak ada jgk meraikan bday hero kecil kami tu secara bertiga jugak. just makan syak la. kami makan di HANA, CTMall bah. sedap woo makanan jepun di situ. =)



so, HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!!

Mummy

Friday, August 7, 2009

Mummy wish u..


at 12:34:56 am
on 07/08/09

Mummy & Daddy want to wish baby Zahin,

Happy Birthday Sayang.. Mummy & Daddy love You sooOooOOo mucchhhhhh!! muuuaaahhhhxx!!

to be continue..
Mummy & Daddy

Thursday, August 6, 2009

tik tok tik tok

lagi 10 minit jam 4pm & itu adalah waktu tamat bekerja saya di opis. hehehe.. jgn jeles aaa saya balek awal. :P act, kalo tgh ada kerja yg perlu di setelkan pun, terpaksa jugak saya kasi lewat sket jam saya balek tu. jadi jgn la kamurang jeles bah kalo saya balek awal. pandai jugak tu kadang2 terlewat saya balek. :P

okay.. pas 4 hari saya bekerja ni, saya mulai rasa enjoy. maybe sbb saya masi belum rasa saat2 tekanan di tempat kerja. saya org baru belajar kalo salah tolong tunjukkan. jadi masi bule dpt keistimewaan la utk org baru belajar ni. hahahaha..

bah.. utk pengetahuan kamurang, saya bekerja di Mahamotor Sdn Bhd di Putatan. jauh wooo dr likas. ibarat dr kutub utara ke kutub selatan. tp kalo mo dibandingkan shah alam to kl, dekat lagi likas ke putatan. hehe.. hari2 saya kenak jalan at least la jam 8.30am dr rumah then terus pigi rumah kak W (biras) utk hantar si zahin comel ni. syukurrrr tidak terhingga & rasa terima kasih yg nda terucap buat kak W sekeluarga sbb sudi tolong jaga zahin time saya bekerja. mmg nda terbalas la jasa kak W sekeluarga. hanya Tuhan jak yg akan membalasnya kelak. amin.. & so far, zahin sgt enjoy di sana sampaikan tiap2 pagi dia bangun tu (seawal jam 7am tanpa perlu dikejutkan), dia sangat ceria & macam nda kesabaran suda mo gerak dr rumah. mcm tau2 suda dia bah mo dibawak ke mana. jumpa jak anT W nya, mummy nya ni nda dipandang suda okay! tension I.. :P balek pun gitu, terpaksa pujuk2 dia dulu (sibuk maen bah dia) baru dia mau pulang. sukak betul bah dia di sana. maid kak W pun bilang si zahin ni senaaang betul dijaga. nggak merepotkan lho! padahalnya kan, saya ni masa hari pertama dia di sana, kerisauan suda takut2 dia ni nda bule dikawal sbb kalo ngan saya, nakal betul bah dia. ada syak benda yg dia buat yg buat saya naek hangen kadang2 tu. hurmm.. tp syukur la.. di sana dia agak menyenangkan dorang kak W. makan pun nda susah. sukak betul dia makan padahal kalo di rumah ngan saya, begadu jak kami 2 beranak ni kalo saya mengasi makan dia. susah bah dia mo dikasi makan. haduhhh..

nda bule tinggal tu glasses nya. hurmm.. :P


bah.. kami di mahamotor ni menjual kereta2 proton tp saya bukan la di bahagian sales nya ya. saya ni admin jak utk agent Takaful Ikhlas. jadi kalo org beli kereta proton, bule la beli insurans ngan Takaful Ikhlas kan. sepa2 yg mo renew insurans kereta ka insurans rumah ka, silalah jgn segan sugin utk menghubungi saya ya. ok bah kalo ko. bule syak tu saya tolong aturkan. hehe.. oh ya, travel insurans pun kami bule buat jugak. urmm.. nnt la next entry saya crita lagi detail pasal product insurans ni ok.

bah ok la dulu aaa.. kesuntukan masa ni. taraaaa...


Mummy

Monday, August 3, 2009

1st Day..

yaahh.. Ini hari pertama saya bekerja di Mahamotor Sdn Bhd. Sepatutnya hari ni hari yg bagus buat saya tapi sebaliknya plak yg jadi. Saya saket di hari pertama saya bekerja. Huiii.. Sangat tension skali! Skang pun badan masi nda enak. Dr semalam saya rasa kebas2 1 badan ngan headache lagi. Suda jgk pigi klinik. Doktor bilang saya demam n flu biasa jak. Takut wooo h1n1. Paleng takut kalo saket saya ni bejangkit sama hero kecil saya tu. Lagi gawat okeh kalo dia kenak. Baru jak dia sembuh dr flu ngan cough aritu. Namau la kan kalo dia kenak lagi. Bah.. Doa2 kan jak la moga saya cepat pisah dr saket ni k. Daaa..

hari pertama di tempat kerja. gelik? saya pon gelik woo tinguk mukak sendiri. kunun2 ayu la tuu.. wahahaha.. padahal tgh cover snap gambar pelan2 namau kedapatan staff laen. :P


Mummy